Gangguan Emosi boleh ditakrifkan
sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh
murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada
gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak
dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan
atau perlakuan tertentu.
Seterusnya gangguan emosi juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai
emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah
antisosial. Ketidakmampuan
untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,
kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh
dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan
emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan
emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan
emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada
murid-murid.
Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang
berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca
berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah,
peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan
guru dan lain-lain lagi.
Gangguan
emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah
kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk
melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh
Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir
yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana
dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin
melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif
dan mengganggu emosi mereka.
Keadaan
ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas
padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi
lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.
Selain
itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat
positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang.
Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan
lain-lain.
Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk
perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.
Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke
atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan
emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas
fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa
susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.
Di
samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan
akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah
laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan
lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi
manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra
antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego
yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pada
peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan
kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu
bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan
rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga
akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan
memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.
Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap
ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan
dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan
disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan
mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri,
penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan
menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai
oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan
tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan
tingkah laku murid di dalam kelas.
Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid
Tidak
ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan
oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can
liveWithout experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh
membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong
seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat
penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).
Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang
mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah
pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan
tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada
diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur
dan makan berlebihan atau menahan lapar,
Penemuan
data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai
kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright,
1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole
dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux
dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan
yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak
terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada
simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara
simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah
mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan
ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan
keletihan disebabkan tidak cukup tidur.
Kesan
yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi
dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya
marah dan maki hamun mana mana pelajar
jika terlanggarnya di tangga.
Kesan
yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira
terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian
yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak
akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya
tanpa makna.
Pelajar-pelajar
yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan
kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata
berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala
pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan
perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan
hilang sifat kelucuan.
Kewujudan
salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan
bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang
mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan
sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan
bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut
boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku
akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.
Langkah-langkah Menangani Masalah
Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan,
setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak
menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah
mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara
berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara
langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah
adalah seperti berikut:
Amalkan
Sikap Kepimpinan Demokratik
Sebagaimana
yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan
interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan
harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh
mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat
dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat
mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi
di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kumpulan.
Mengelolakan
Banyak Aktiviti Kumpulan
Aktiviti
Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara
satu sama lain. Oleh itu, guru harus
berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan
murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi
buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang
murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan
berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan
murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Menggunakan
Percakapan Yang Sesuai
Sebagaimana
yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan
interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Ini bermakna,
untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal,
percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau
memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi
tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada
murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil
dan berseuaian.
Guru
membantu murid yang bermasalah
Sekiranya
terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu
mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka
menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus
juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan
emosi.
Peranan
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pihak
sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan
program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
Murid bersifat self-efficacy
Mengikut
Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh
belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,
memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan
membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala
perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk
menentang emosi yang kurang sihat ini.
Murid-murid
yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan
ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa
juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke
semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu
dibuat bersama-sama.
Selain
daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak
yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa
juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi
masing-masing.
Guru
atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang
tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang
merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah
laku yang tidak diingini. Seterusnya
diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana
sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap
orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu
mengalami gangguan emosi.
Murid-murid
yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini,
mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling
berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan
berkesannya. Langkah-langkah di atas ini
akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk
menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.
Sekian.
Maklumat yang bagus. Izinkan akak copy maklumat iniya. tqveery much
ReplyDelete