Sunday 29 July 2012

LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI






Layan video jap!


PUNCA GANGGUAN EMOSI

Klik untuk berita MyMETRO DI SINI

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


Gambar di bawah menunjukkan antara ekspresi kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi..apakah kita tegar membiarkan emosi mereka berterusan sebegini? Mungkin sahaja bakal anak-anak murid kita akan mengalami masalah yang sama.  Sebagai bakal guru, apakah yang boleh kita lakukan. Ayuh, sama-sama kita renungkan...









Jadi, kita akan mendalami permasalahan ini dengan lebih lanjut lagi.  Buat permulaannya, mari kita lihat gambaran secara umum berkenaan TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID sebagaimana rajah di bawah:



Jom tengok video di bawah:



KESAN GANGGUAN EMOSI


Jom singgah sebentar ke BERITA HARIAN

CIRI-CIRI PENDERAAN EMOSI


TEKANAN EMOSI PADA KANAK KANAK



Tekanan Emosi Terhadap Kanak kanak

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas-tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas-tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai-bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.

Adakah kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi?

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba-tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulanannya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak, tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya  berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut.  Semua tanda-tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.

Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala, sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam satu kes lain pula, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalu.  Apabila diperiksa, kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya, saya diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak-kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang-barang kawan-kawannya di tadika.

Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura-ura untuk berpisah.

Kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital, ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak-kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.

Dalam suatu kes, seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya, pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling.  Dia telah dapat mengubah cara dan gaya keibuannya dan ekoran daripada itu, hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Si anak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh-contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak-kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seorang kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah, sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya, lelah, sukar tidur malam, kencing malam, menggigit-gigit kuku, menarik-narik rambut dan sebagainya.

Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkan tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit jika wujud dapat dirawat segera. Jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat, keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar, dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda-tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.

Faktor-faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan, suasana di rumah dan di sekolah, aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca-punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak-kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.

Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau di sekolahnya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian, kanak-kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau-rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program-program yang telah diaturkan di tadika atau di kelasnya. Kanak-kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri-ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya program yang menekan aspek-aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak-kanak lain secara lebih cepat.

Adakalanya, kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus (learning disability) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak-kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah-langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri-ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.

Adakalanya, kanak-kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya, mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan, kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah, mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu, para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak-anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan, termenung, merayau-rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya, kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah, lebih resah, kurang sabar, tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai-bagai corak tingkah laku yang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan, sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya ekepada anak-anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran-cabaran hidup. Semakin mereka membesar, semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan-latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi?

Cara seseorang itu menghadapi cabaran-cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka, pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah, mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.

Dalam kalangan orang dewasa, ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara-cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.  Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan-kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh-contoh positif.

Tabiat-tabiat yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman-pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.

Apabila anak ini dinilai, prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.  Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik.  Tetapi, kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan, prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.

Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan, sokongan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya.  Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi.  Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk, dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak, menjadi agresif, sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal-hal sekolah.

Kesimpulan

Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya.  Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri-ciri tekanan emosi dalam kalangan anak-anak tersebut.

Kadangkala, keluhan dalam kalangan kanak-kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak-kanak itu.

GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID




Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. 

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi.  Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.  Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid
           
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.
            
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi  mereka.
            
Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.  Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.
            
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.
            
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
            
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can liveWithout experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya.  Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur.  Pelajar  tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair  dan pelajar itu  juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar  jika terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

*      Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.



*      Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain.  Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.  Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

*      Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung.  Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.

*      Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

*      Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

*       Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.

Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi.  Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini.  Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku  itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya.  Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.


Wednesday 25 July 2012

SALAM PERKENALAN...

                                                           Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t dan salam perkenalan buat semua.


Alhamdulillah,,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkatNya, akhirnya blog kami berdua ini dapat dihasilkan dengan jayanya.  Blog ini dinamakan sebagai adamira789 hasil gabungan daripada nama kami berdua dan tahun kelahiran seperti maklumat di bawah:

NOOR SUHADA BT MOHD NOR  (1987)
NORHASMIRA BT SALLEH  (1989)

Sebagaimana yang telah kita semua maklum, blog ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus EDU 3109: Guru & Cabaran Semasa bagi semester 8 kali ini. Pada perkiraan kami, tugasan ini merupakan satu pengalaman baru yang memerlukan bakal-bakal guru untuk turut sama melangkah dengan lebih yakin seiring dengan peredaran masa kini yang kian mencabar.  

Semoga persinggahan sesiapa sahaja ke blog kami berdua akan memberikan manfaat dan input yang berguna buat kalian.

Terima kasih untuk masa yang telah anda habiskan buat seketika di sini...Jangan segan silu untuk singgah lagi ya...

Jumpa Lagi..:)